Wednesday, June 24, 2009

Kampung halaman ku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Memulakan bicara memang merupakan suatu kesukaran kepada sesetengah individu. Begitulah dengan saya. Namun dengan sedikit keberanian ini saya sangat teringin meluahkan kepada semua pembaca terutama masyarakat yang tinggal di desa ku yang permai iaitu Kg. Bulieng.Kg. Bulieng merupakan sebuah desa yang terletak hanya kira-kira 5 hinga 6 km dari bandar Tuaran. Walau bagaimanapun secara pentadbiran, kampung ini berada di bawah pusat pengundian DUN Tamparuli, dalam Parlimen Tuaran.Dengan hanya kira-kira 60 buah rumah, kampung Bulieng dilihat sebagai sebuah kampung yang sentimental. Namun sejak kebelakangan ini kelihatan berlaku sedikit permasalahan dalaman yang memerlukan penyelasaian secara kolektif.Melihat kepada saiz fizikal kampung ini memang agak mustahil keadaan ini akan berlarutan. Tapi masalah tidak sehaluan antara pemimpin-pemimpin peringkat kampung dengan masyarakat boleh menjadi titik perbalahan yang akan mengundang kepada kemusnahan kerjasama antara komuniti kampung. Bayangkan perkara-perkara remeh seperti laluan masuk ke kawasan rumah penduduk kampung turut menjadi isu dimana ada golongan-golongan tertentu yang tidak memberi kebenaran kepada kontraktor untuk menabur batu kelikir kerana atas alasan telah melalui kawasan tanah beliau. Kes lain juga agak serupa iaitu ada penduduk kampung yang menggunakan pengaruh dan jawatan beliau dalam kampung ini, meminta dan mendesak kepada kontraktor untuk menabur lebih banyak batu kelikir melebihi tempat lain. Ini menyebabkan sesetengah kawasan di kampung Bulieng tidak mendapat kemudahan jalan berbatu kelikir yang menjadi suatu keperluan penting untuk keluar ke bandar untuk urusan seharian.Pada penilaian saya, golongan-golongan yang berpengaruh dalam kampung ini memerlukan elemen-elemen peribadi seperti keperihatinan terhadap masalah-masalah orang kampung. Jika bersandarkan kepada kepentingan peribadi semata-mata maka kampung yang kita sayang ini akan terus tersepit dan ketinggalan dengan kemajuan yang dinikmati beberapa buah kampung sekitar. Kepada pemimpin di peringkat DUN Tamparuli juga harus memantau segala aktiviti pemimpin di bawah mereka terutama Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Wakil Ketua Kampung dan sebagainya. Ini kerana segala bantuan daripada kerajaan kepada penduduk kampung tidak akan berjaya dinikmati oleh rakyat jika masih ada pemimpin-pemimpin yang tidak perihatin kepada masalah penduduk kampung. Jika ini berlaku, segala jasa dan kebaikan pemimpin kerajaan akan disalah tafsir oleh masayarakat dan akhirnya golongan-golongan anti kerajaan akan menggunakan masalah ini sebagai isu untuk memburuk-burukkan kerajaan. Kegagalan ini akan menjadi duri dalam daging bagi kerajaan dan rakyat yang mementingkan pembangunan lestari.Kepada semua masyarakat kampung Bulieng, marilah berganding bahu. Bersatulah!! kita semua adalah saudara. Kesedaran semua adalah tanggungjawab kita.Berjumpa lagi dalam isu akan datang. Sekian.

No comments:

Post a Comment